Pengawalan Pembangunan
Carta Alir Proses Permohonan Pembangunan

Permohonan Kebenaran Merancang

Apa itu kebenaran Merancang ?

Menurut Seksyen 19, Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172), sebelum seseorang itu boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan, ia perlu memperolehi Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Kebenaran Merancang yang diberikan kepada seseorang di bawah Seksyen 22, membolehkan ia menjalankan sesuatu "pemajuan" mengikut pelan dan syarat-syarat yang dikenakan di dalamnya.

Syarat-syarat tersebut akan menentukan antara lain, cadangan penjajaran, kelebaran dan aras jalan dan lorong belakang, garis bangunan, ketinggian, bentuk, ruang lantai, kegunaan, bilangan dan ketumpatan bangunan, saiz unit, nisbah plot, kesesuaian potongan dan tambakan tanah, peruntukan perparitan dan pembentungan, peruntukan kawasan lapang rekreasi, pusat komuniti, sekolah dan lain-lain syarat yang perlu.
 

Halaman: 1  2  3  4  5  

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim  Koridor Raya Multimedia      Iskandar Malaysia   Iskandar Malaysia