Jabatan Bangunan Jabatan Bangunan

Misi

Berusaha Ke Arah Kecemerlangan bagi mempastikan pembangunan fizikal yang terkawal

 
Visi

Mempastikan Pembangunan Fizikal Terkawal Sejajar dengan Inspirasi Majlis Bandaraya Johor bahru.

 

Objektif

  1. Mengawal dan meningkatkan perancangan pembangunan fizikal sejajar dengan inspirasi Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi mewujudkan keadaan pembangunan yang teratur dan seimbang serta mengekalkan kualiti persekitaran (building-environment).

  2. Mempastikan sistem pengurusan yang teratur, pentadbiran yang cekap dan teratur untuk meningkatkan keberkesanan Bahagian dan Jabatan.

  3. Bertindak sebagai penasihat Teknikal kepada lain-lain Jabatan/Bahagian /unit dalam Majlis Bandaraya Johor Bahru dan orang awam.

  4. Mengawal dan meningkatkan prestasi Bahagian setiap masa.

 

Fungsi Jabatan Bangunan

  1. Memproses semua permohonan Ubahan Tambahan Pelan Baru dan Permit Sementara untuk kelulusan dari pihak perunding berpandukan kepada peruntukan dalam Akta 133 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan dasar-dasar Majlis.

  2. Memantau kerja-kerja pembinaan diatas tapak yang telah diluluskan bagi permohonan Ubahan Tambahan ,Pelan Baru dan Permit sementara selaras dengan pelan yang telah diluluskan.

  3. Menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dari segi pembinaan bangunan dan struktur.

  4. Memberi khidmat nasihat dari segi teknikal berkaitan dengan Akta dan dasar-dasar majlis yang digunapakai kepada Jabatan/Bahagian /Unit dalam Majlis Bandaraya Johor Bahru dan orang awam.

Halaman: 1  2