Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Hakcipta Terpelihara 2012 @ Majlis Bandaraya Johor Bahru
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0 ke atas dan
Mozilla Firefox 3.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Peti Surat 232, Jalan Dato' Onn, 80720 Johor Bahru, Johor
| Emel | : | info@mbjb.gov.my |
| No. Tel | : | 07-2282525 Faks : 07-2230619 |
| Talian Bebas Tol | : | 1300-88-0146 |
| SMS Aduan | : | 019-7788212 |

























