Unit Integriti

Unit Integriti

img

Keratan Akhbar Unit Integriti, MBJB

Keratan Akbar Unit Integriti Januari - Jun 2021 

 

Latar Belakang Unit Integriti, MBJB
Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan.  Dalam hubungan ini, kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti seta akauntabiliti kearah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.

Kearah ini, kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam.  Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.  Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

Penubuhan Unit Integriti di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) adalah dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam bertarikh 24 Julai 2013. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai Focal Point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integritI di semua agensi awam.

Sehubungan itu, MBJB melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Perkara Am Bil 11/2016 telah BERSETUJU bahawa Unit Integriti  ditubuhkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016.

Objektif Unit Integriti, MBJB
Menjadikan setiap anggota MBJB membudayakan etika dan integriti dalam setiap tindakan dan keputusan sekaligus menyepadukan semua hal yang berkaitan dengan integriti supaya 6 fungsi teras penubuhan unit dapat dilaksanakan dengan lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

 

Sebarang  aduan mengenai integriti pegawai atau staf MBJB boleh memuat turun borang di bawah ini dan dihantar ke Unit Integriti MBJB, Aras 1, Ibu Pejabat MBJB

Visi Unit Integriti
Membina warga kerja MBJB yang cemerlang dan berteraskan integriti

Misi Unit Integriti
Memastikan pembudayaan integriti berada pada tahap tertinggi
melalui pelbagai agenda dan pelan tindakan

Piagam Pelanggan Unit Integriti
Unit Integriti MBJB sentiasa memberikan layanan mesra dan perkhidmatan terbaik semasa berurusan melalui:
  • Pengurusan Aduan yang diterima diberikan maklumbalas dalam tempoh satu hari dan diselesaikan mengikut prosedur. Keputusan hasil siasatan dimaklumkan apabila selesai dalam tempoh 3 bulan
  • Memastikan 100% daripada keseluruhan kes tatatertib pegawai/ kakitangan diambil tindakan mengikut prosedur.
  • Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Integriti diadakan 4 kali setahun