MENU

PERSEDIAAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU MENGHADAPI FENOMENA AIR PASANG BESAR.

Kawasan pantai MBJB akan mengalami fenomena air pasang tertinggi sepanjang Tahun 2016 ini bermula dari hari Ahad 16.10.2016 hingga hari Khamis 20.10.2016. Bacaan paras air pasang ialah melebihi 3.5m iaitu aras berjaga-jaga dengan ketinggian maksima 3.9 m pada hari Selasa 18.10.2016.
Fenomena air pasang besar ini boleh menyebabkan banjir sekiranya bertembung dengan hujan lebat.
Kawasan-kawasan yang berisiko banjir ialah kawasan pesisiran pantai dan kawasan rendah seperti:

1. Kampung Pasir, Tampoi
2. Kg Sri Jaya, Tampoi
3. Kg Sri Serdang, Tampoi
4. Kg Mohd Amin, Kolam Ayer
5. Kg Belantik, Majidee
6. Kg Bunga Ros, Kangkar Tebrau
7. Kg Kenangan, Kangkar Tebrau
8. Jln Tun Fatimah, Kangkar Tebrau

MBJB telah membuat persedian awal menghadapi kemungkinan berlaku banjir ini ;
1. Menubuhkan Jawatankuasa Persiapan Bencana Banjir
2. Membuka Bilik Gerakan Bencana Banjir bertempat di Bangunan Dataran Bandaraya Johor Bahru mulai 16.10.2016 hingga 20.10.2016
3. Mengedarkan risalah Persediaan Menghadapi Banjir kepada penduduk dan pemilik bangunan kerajaan di kawasan berisiko banjir.
4. Menyediakan lojistik dan anggota di 3 pusat operasi iaitu Taman Munsyi Ibrahim, Jalan Tahana Tampoi dan Mount Austin yang boleh dikumpulkan dan diaktifkan sekiranya berlaku banjir.
5. Menyediakan Buku Panduan Banjir kepada Petugas yang mengandungi tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku banjir serta no telefon Jabatan-Jabatan Kerajaan lain yang terlibat seperti Pejabat Daerah Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

Wargakota yang mempunyai sebarang aduan mengenai masalah banjir semasa tempoh dinyatakan di atas boleh berhubung ke nombor berikut :  07 - 2281939 &  1 300 88 0146