MENU
MAKLUMAT AIR PASANG DI KAWASAN MBJB

Pada bulan Oktober ini akan berlaku air pasang besar melanda pantai Semenanjung Malaysia termasuk pantai di Kawasan Johor Bahru.

Ahad 16.10.16
- Pukul 11.25 pg : 3.6 m
- Pukul 11.52 mlm : 3.8 m
Isnin 17.10.16
- Pukul 12.03 tghr : 3.7 m
Selasa 18.10.16
- Pukul 12.37 mlm : 3.9 m
- Pukul 12.42 tghr : 3.7 m
Rabu 19.10.16
- Pukul 1.22 pg : 3.8 m
- Pukul 1.20 tghr : 3.7 m
Khamis 20.10.16
- Pukul 2.08 pg : 3.7 m
- Pukul 1.58 tghr : 3.6 m

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi akan berlaku hujan lebat pada hari Ahad 16.10.2016 dan hari Rabu 19.10.2016.

Waktu air pasang di atas adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia untuk lokasi di Jeti Syahbandar lama di Pantai Lido.
Bacaan air pasang ini berbeza-beza bacaan aras dan waktunya untuk seluruh Semenanjung Malaysia.

MBJB mempunyai 4 pintu air yang mengawal air pasang masuk ke kawasan rendah di tepi laut yang boleh menyebabkan banjir.

Pintu air tersebut adalah
1. Pintu air Sg Segget - kawalan banjir Pusat Bandar
2. Pintu Air Sg Ayer Molek - Kawalan banjir Jln Ayer Molek
3. Pintu Air Parit Jalan Abd Samad - kawalan banjir kawasan Hospital Sultanah Aminah
4. Pintu Air Sg Chat - kawalan banjir Kg Mohd Amin

Pintu air ini di selenggara secara kawalan bermotor yang dioperasi oleh 8 orang petugas. Mereka bertugas 24 jam dimana di bahagikan kepada 2 shif malam dan siang. Pada setiap shif 4 org bertugas.

Pintu air akan di tutup 3 jam sebelum masa tertinggi air pasang. Ia di buka semula 1 jam selepas air pasang mulai surut.

Contoh :
Air pasang : pukul 12.00 mlm
Masa tutup : 9.00.malam
Masa buka : 1.00 pagi

Walaubagaimanapun sekiranya berlaku hujan lebat ketika air pasang, pintu air akan di buka apabila paras air sungai melebihi paras air laut. Ini membolehkan air sungai mengalir ke laut bagi mengurangkan kejadian banjir yg besar.

Keadaan ini yang di kuatiri berlaku ketika pasang besar ini di mana sekiranya hujan turun dengan lebat air sungai tidak dapat keluar ke laut kerana air laut terlalu tinggi. Ini menyebabkan berlaku banjir di kawasan2 rendah di tepi sungai tersebut.