MENU

RABU, 17 Julai 2019 - Seramai 2 orang Ahli Majlis MBJB yang baharu telah mengangkat sumpah bagi penggal 2018/2019 untuk tujuan memberi perkhidmatan dan wakil zon masing-masing pagi tadi.

Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis tersebut telah disaksikan oleh Datuk Bandar, Yang Berhormat Dato' Haji Amran bin A. Rahman, Whip-whip Parti Ahli Majlis, Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan MBJB.

2 orang Ahli Majlis yang baharu tersebut, ialah Encik Syed Abdul Hamid bin Syed Zainal Abidin dan Encik Kumar A/L Doraisamy. Ini menjadikan keseluruhan barisan Ahli Majlis MBJB berjumlah 24 orang.

Mereka turut telah menerima surat pelantikan sebagai Ahli Majlis, pengakuan menerima pelantikan serta akuan sumpah menyimpan rahsia dan ikrar anti-rasuah.

 

Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis

Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis