MENU

DR. SAHRUDDIN JAMAL ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR

Tahniah YAB Dr. Sahruddin bin Jamal atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor. Ikhlas daripada Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MBJB.

Dr. Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (14 April).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim; dan Dato' Dennis Muhammad Abdullah.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.

Tahniah Menteri Besar Johor

http://www.royaljohor.com.my/…/dr-sahruddin-jamal-angkat-s…/

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor