MENU

13 OGOS 2019 : Sekitar Majlis 'Hi-Tea' YB Datuk Bandar Bersama Bakal Penyumbang Dana Majlis Jamuan Makan Malam Amal MBJB 2019 di Berjaya Waterfront Hotel sebentar tadi.

Majlis 'Hi-Tea' yang diadakan pada petang tadi merupakan prelude atau pengenalan kepada sebuah program yang akan diadakan pada 22 September 2019, iaitu Majlis Makan Malam Amal MBJB Tahun 2019, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor.

Majlis Makan Malam Amal yang bakal diadakan ini memberi peluang dan menggalakkan pihak korporat dan juga pihak persendirian untuk menunaikan CSR masing-masing selain daripada tujuan utama untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kurang upaya.

Hasil sumbangan yang akan dikumpulkan nanti akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan di Negeri Johor khususnya di dalam bandar raya Johor Bahru.

Prelude Makan Malam Amal