MENU

22 Mei 2019 : Sekitar program walkabout Setiausaha MBJB, Encik Abdul Malik bin Haji Ismail, bersama-sama Ahli-Ahli Majlis, Timbalan Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan MBJB di Bazar JB malam tadi.

Program walkabout ini adalah bertujuan untuk meninjau suasana selain mendapatkan idea dan pandangan para peniaga di bazar tersebut. MBJB akan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam usaha menjadikan Bazar JB, atau lebih dikenali sebagai 'Pasar Karat', salah sebuah ikon pelancongan bandar raya Johor Bahru sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Johor 2020.

Dalam program walkabout ini juga MBJB telah memantau hasil kerja-kerja pembersihan dan keindahan Pusat Bandar yang telah giat dijalankan sejak 2 bulan yang lalu. Kerja-kerja pembersihan ini akan terus dijalankan dalam usaha menjadikan bandar raya ini bersih, indah dan selamat.

Program Walkabout Bazar JB