MENU

24 Julai 2019 : MBJB telah meneruskan program Bancian Lesen Premis Perniagaan di Angsana Mall Johor Bahru pagi tadi.Bancian ini dibuat bagi tujuan menyemak dan mengenalpasti premis-premis yang tidak mempunyai lesen dalam bangunan komersil di bawah kawasan pentadbiran MBJB. Ianya juga bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga agar membuat permohonan lesen yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan.

Turut sama hadir adalah Encik Abdul Malik bin Haji Ismail, Setiausaha MBJB, Encik Hazrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pelesenan MBJB, serta disertai oleh 30 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan MBJB.Melalui hasil semakan, masih terdapat premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah. Sehubungan ini, notis amaran telah dikeluarkan kepada pemilik dan akan disusuli tindakan undang-undang (kompaun) sekiranya pemilik gagal memperoleh lesen yang sah.

Semakan seperti ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Warga bandar raya adalah diingatkan supaya melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Program Bancian Lesen Premis Perniagaan