MENU

RABU, 17 Julai 2019 - MBJB telah melaksanakan program Bancian Lesen Premis Perniagaan di Holiday Plaza Johor Bahru pagi tadi. Bancian ini dibuat bagi tujuan menyemak dan mengenalpasti premis-premis yang tidak mempunyai lesen dalam bangunan komersil di bawah kawasan pentadbiran MBJB. Ianya juga bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga agar membuat permohonan lesen yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan.Turut sama hadir dalam program bancian ini adalah Encik Abdul Malik bin Haji Ismail, Setiausaha MBJB, dan disertai oleh 30 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan MBJB.

Melalui hasil semakan, masih terdapat premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah. Sehubungan ini, notis amaran telah dikeluarkan kepada pemilik dan akan disusuli tindakan undang-undang (kompaun) sekiranya pemilik gagal memperoleh lesen yang sah. Semakan seperti ini akan lebih diteruskan dan dipertingkatkan di masa-masa akan datang.

Warga bandar raya adalah diingatkan supaya melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

PROGRAM BANCIAN LESEN