MENU

SELASA, 25 September 2018 - Sekitar Program Perhimpunan Bulanan MBJB bagi bulan September 2018.

Seramai lebih 1,400 warga kerja MBJB telah hadir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pagi tadi bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Bandar Johor Bahru. Perhimpunan Bulanan MBJB kali ini merupakan perhimpunan bulanan yang pertama bersama barisan Ahli Majlis MBJB yang baharu.

Y. Bhg. Datuk Bandar turut berkesempatan menyampaikan penghargaan kepada warga kerja MBJB yang telah mengharumkan nama MBJB dalam pelbagai pertandingan di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa.
 Perhimpunan Bulanan MBJB bagi bulan September 2018