MENU

JOHOR BAHRU, 25 Ogos 2019 - Yang Berhormat Dato' Haji Amran A. Rahman, Datuk Bandar Johor Bahru hari ini merasmikan Minggu Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang di AEON Mall Dato' Onn pagi tadi.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota masyarakat akan kehadiran murid-murid berkeperluan khas di dalam komuniti setempat.

Dalam ucapan beliau, Yang Berhormat Datuk Bandar mengingatkan bahawa tugas untuk mendidik dan membimbing anak-anak berkeperluan khas ini tidak seharusnya diletakkan di atas bahu para pendidik dan ibu bapa semata-mata malah harus digalas oleh kesemua lapisan masyarakat tidak kira sama ada pihak kerajaan, pihak swasta mahupun pihak persendirian.

"Adalah penting untuk kesemua peringkat masyarakat memahami dengan lebih dalam mengenai kondisi anak-anak berkeperluan khas, dalam masa yang sama menangkis beberapa tanggapan serta persepsi negatif yang telah dilemparkan kepada mereka oleh sebilangan kecil pihak-pihak yang mungkin kurang menerima pendedahan", kata beliau lagi.

Pendidikan Khas

 

Pendidikan Khas