MENU

MBJB RAIKAN PARA PENYUMBANG DALAM MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 2019

JOHOR BAHRU, 22 September - MBJB meraikan lebih 60 penyumbang amal dari syarikat korporat, pemaju, perunding dan lain-lain lagi dalam Majlis Makan Malam Amal 2019 bersempena Sambutan Jubli Perak MBJB pada tahun ini.

Bersama-sama hadir adalah YAB Dato' Dr Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Johor, selaku wakil rasmi DYMM Sultan Johor, bersama-sama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor serta pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Sebanyak RM 1.5 juta sumbangan yang dikumpulkan ini akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan di Negeri Johor seperti Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Persatuan Cerebral Palsy Johor, Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Persatuan Sindrom Down Negeri Johor dan lain-lain lagi.

Bersempena dengan Sambutan Jubli Perak pada tahun ini, MBJB turut memberi penghargaan kepada mantan-mantan Datuk Bandar atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan selama ini dalam pembangunan bandar raya Johor Bahru.

Makan Malam Amal 2019