MENU

MBJB KEKAL UNGGUL DI ARENA SUKAN KAYAK KEBANGSAAN

Pasukan Kayak MBJB membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila pasangan kayak, Fajan Satta & Imam Satta, dari Jabatan Landskap MBJB, telah mempertahankan kejuaraan buat kali ke-12 berturut-turut dalam acara Marathon di Labuan International Sea Challenge 2019.

Pasangan adik-beradik ini turut membuktikan keunggulan mereka dalam arena sukan kayak apabila mereka muncul sebagai juara dan naib juara dalam acara Sprint di kejohanan yang sama yang telah diadakan pada 26-28 April 2019 di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tahniah dan syabas diucapkan!

#teammbjb
#melakarkegemilangan

Pertandingan Kayak