MENU

AHAD, 23 Jun 2019 - YAB Dato' Dr Sahruddin bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor, hadir merasmikan Majlis 'Topping Off' Menara MBJB di One Bukit Senyum pagi tadi.

Dalam ucapan beliau, YAB Dato' Dr Sahruddin mengucapkan tahniah kepada MBJB dan pihak Astaka Padu di atas kejayaan membangunkan salah sebuah mercu tanda ikonik di bandar raya Johor Bahru. Beliau turut berharap agar dengan perpindahan pusat pentadbiran MBJB ke One Bukit Senyum ini dapat meningkatkan lagi produktiviti perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

YAB Dato' Dr Sahruddin turut berkesempatan untuk melawat sekitar tapak Menara MBJB bagi melihat proses-proses akhir pembinaan menara yang sedang dilaksanakan.

Perkhidmatan serta jabatan MBJB yang terlibat dalam perpindahan yang akan bermula awal tahun hadapan ini akan dimaklumkan kepada warga bandar raya dari semasa ke semasa.

#melakarkegemilangan

Majlis Topping Off Menara MBJB