MENU

KHAMIS, 20 Jun 2019 - Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi MBJB di Dewan Muafakat Johor Taman Adda pagi tadi yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

Dalam amanat beliau, Yang Berhormat Dato' Haji Azmi telah menasihatkan kepada warga kerja MBJB agar sentiasa menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi seiring dengan keperluan masyarakat masa kini dan seterusnya kekal relevan dalam arus pembangunan negara.

Beliau juga turut berkesempatan untuk menyampaikan Anugerah Khas Datuk Bandar, Anugerah Pekerja Ikon MBJB serta Penghargaan Khas Pencapaian Sukan MBJB. Tahniah diucapkan buat semua penerima anugerah.

#teammbjb
#melakarkegemilangan

PERHIMPUNAN BULANAN, APC DAN SANJUNGAN BUDI