MENU

JOHOR BAHRU, 22 Ogos 2019 - Yang Berhormat Tuan Tan Chen Choon, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar Negeri Johor, merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kawasan Perindustrian MBJB di KSL Hotel pagi tadi.

Program RKK Kawasan Perindustrian ini adalah merupakan kajian semula ke atas kajian RKK Kawasan Perindustrian sedia ada pada tahun 2008. Ini merupakan usaha kesinambungan MBJB dalam memastikan pelaksanaan dan pengurusan kawasan industri lebih terancang dan menyeluruh meliputi aspek fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Adalah menjadi sasaran bagi MBJB untuk menyediakan kawasan industri yang mesra pelabur, berdaya saing dan terus berkembang seiring dengan negara-negara maju.

Untuk makluman, draf RKK ini boleh diperiksa bermula 22 Ogos hingga 22 September 2019 di Ruang Pameran Jabatan Perancangan Pembangunan, Aras 2 Bangunan MBJB Jalan Dato' Onn.

Turut diadakan adalah Majlis Town Hall Bersama Pekilang-Pekilang Dalam Kawasan MBJB. Pelbagai cadangan penambahbaikan dan permasalahan telah diutarakan oleh wakil-wakil pekilang dalam sesi tersebut secara langsung kepada pihak pengurusan MBJB.

 

 

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DRAF RKK KAWASAN PERINDUSTRIAN MBJB

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DRAF RKK KAWASAN PERINDUSTRIAN MBJB