MENU

29 Julai 2019 : Sekitar lawatan rasmi Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Utiliti Negeri Johor ke MBJB sebentar tadi.Lawatan yang turut disertai oleh delegasi dari Pusat Pelaburan Negeri Johor itu telah disambut oleh Setiausaha MBJB, Encik Abdul Malik Haji Ismail, bersama-sama Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBJB.

Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah telah diberikan taklimat berkaitan perindustrian di dalam kawasan MBJB serta isu, cabaran dan halatuju pembangunan perindustrian tersebut.Dalam pada itu, delegasi lawatan turut melawat Eco Business Park 1, Johor Bahru, bagi melihat contoh pembangunan kawasan perindustrian yang moden dan serba canggih di dalam bandar raya ini.

lawatan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Utiliti Negeri Johor