Info Bahagian Undang-Undang

Carta Organisasi Bahagian Undang-Undang

img

Fungsi dan peranan Bahagian Undang-undang

Bahagian Undang-undang berfungsi sebagai nadi utama kepada pentadbiran dan pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan menguruskan hal ehwal undang-undang berkaitan Majlis termasuk memberi nasihat undang-undang, mengendalikan kes-kes sivil melibatkan Majlis, melaksanakan tindakan saman, penyediaan dan semakan kontrak & perjanjian, penguatkuasaan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

Bagi memastikan fungsi-fungsi ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, Bahagian Undang-undang dibahagikan kepada enam (6) unit utama yang berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan mengikut fungsi bahagian iaitu:-

  • Pentadbiran
  • Tunggakan Kompaun Pelbagai dan Bantuan Guaman Am (COB)
  • Bantuan Guaman Am (Hasil)
  • Pendakwaan
  • Perjanjian dan Bantuan Guaman Am (Penswastaan Dan Tindakan Tuntutan Sivil)
  • Penggubalan & Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang

UNIT PENTADBIRAN

Menguruskan hal ehwal pentadbiran pejabat, perkhidmatan anggota, bajet & perolehan, Aset & Inventori, bekalan Buku Kompaun.

UNIT TUNGGAKAN KOMPAUN PELBAGAI DAN BANTUAN GUAMAN AM (COB)

Kompaun pelbagai

Menguruskan semua tunggakan kompaun pelbagai oleh Jabatan Pelaksana bagi kompaun-kompaun lama.

Bantuan Guaman Am (COB)

Memberikan ulasan dan khidmat nasihat bagi bantuan guaman kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB).

Unit Polis Bantuan

Mengendalikan urusan berkaitan aktiviti-aktiviti penyerahan saman, pelaksanaan Waran Tangkap, penyerahan notis Jabatan, kawalan keselamatan dan ketenteraman pada sesi persidangan di Mahkamah Majistret Bandaraya, kawalan keselamatan kutipan hasil Majlis/ kawalam kaunter bergerak (e-Nobas) / kawalan keselamatan dan ketenteraman dalam mesyuarat bersama penduduk dengan Pesuruhjaya Bangunan, mengiringi Orang Kena Saman yang gagal membayar denda ke penjara/ operasi cukai harta & operasi penguatkuasaan.

BANTUAN GUAMAN AM (HASIL)

Fungsi utama bantuan guaman am (hasil) ialah melaksanakan tindakan undang-undang tunggakan cukai harta, proses pelelongan - rampasan penguatkuasaan, ulasan dan bantuan guaman untuk Jabatan Penilaian (Cukai Harta dan Pengurusan Harta), pelaporan dan penyelarasan PS/ISO/KPI, pemegang fail prosedur kualiti lelong, penyediaan draf perjanjian dan surat tawaran yang melibatkan peniaga dan premis-premis MBJB di bawah Bahagian Pengurusan Harta, semakan Perjanjian Kebenaran Menduduki dan Jaminan Kebenaran Menduduki, ulasan dan semakan sewa/PKM bagi premis Majlis untuk tindakan perundangan.

Melaksanakan kerja-kerja memproses tindakan saman; semakan kertas siasatan (IP) yang dirujuk, penyediaan dokumen saman, mendapatkan izin tuduh dari Timbalan Pendakwa Raya (TPR) - pendaftaran kes di mahkamah, pendakwaan dan prosiding kes saman di mahkamah, membuat ulasan sebelum tindakan saman, menyemak notis-notis untuk tindakan pendakwaan, kajian dan ulasan mengenai pendakwaan, membuat laporan mingguan, bulanan dan tahunan pendakwaan.

FUNGSI PERJANJIAN DAN BANTUAN GUAMAN AM

(PENSWASTAAN DAN TINDAKAN TUNTUTAN SIVIL)

Menguruskan penyediaan dan semakan perjanjian bagi projek-projek penswastaan/penyewaan premis dan tanah majlis / penyewaan gerai-gerai Majlis, MAO dan MOU berkaitan Majlis dan mengendalikan tindakan undang-undang berhubung perkara-perkara tersebut.

PENGGUBALAN & PENYELARASAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

  • Pengendalian kursus dan lawatan.
  • Penyediaan bahan rujukan serta nota latihan berkaitan undang-undang.
  • Mengkaji, menyemak dan menggubal undang-undang kecil, Akta dan Perintah-perintah Lalulintas, pewartaan perundangan dan pemberitahuan Sekretariat Jawatankuasa Teknikal,
  • Kajian akta dan undang-undang kecil pewakilan dan penurunan kuasa dan bekalan kad kuasa
  • Sekretariat kepada jawatankuasa teknikal penguatkuasaan
  • Ulasan dan pemantauan bagi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang mesyuarat aduan awam yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat Teknikal Penguatkuasaan.

MAHKAMAH MAJISTRET (BANDARAYA) JOHOR BAHRU

Penubuhan Mahkamah Majistret (Majlis Bandaraya) Johor Bahru telah dipersetujui oleh Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan pada 4 Ogos, 1997

Mahkamah Majistret (Majlis Bandaraya) Johor Bahru telah mula beroperasi pada 1 Mac, 1999

Pada 30 Jun, 1999 Mahkamah Majistret (Majlis Bandaraya) Johor Bahru telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya iaitu Y. A. A. Dato’ Wan Adnan bin Ismail

Nama Majistret

Tempoh Bertugas

Mohd Haldar Bin Abdul Aziz

Jun 1999 - Januari 2001

Mabel S. Muttiah

Februari 2001 – Julai 2003

Mohd Fairuz Bin Mahmood

Ogos 2003 – Julai 2004

Zahilah Binti Mohamad Yusoff

Ogos 2001 – Oktober 2004

Noorfajri Bin Ismail

November 2004 – Mei 2006

Rajeswari a/p Kannakiah

Jun 2006 – Julai 2008

Noor Aisyah Binti Ahmad

Ogos 2008 – Oktober 2008

Mohd Fuad Bin Abdul Aziz

November 2008 – 30 Mac 2010

Rasidah Binti Roslee

1 April 2010 – 16 Januari 2011

Nor Shahid Bin Abd Malik

17 Januari 2011 – 15 November 2011

Hafizah Johor Binti Ariff Johor

16 November 2011 – Februari 2013

Salina Binti Omar

Mac 2013 – 15 Mac 2016

Noor Aisyah Binti Ahmad

16 Mac 2016 – 15.08.2019

Norasidah Binti A. Rahman

15.08.2019 - kini

Seorang Majistret Klas Satu telah dilantik oleh Jabatan Kehakiman dimana urusan emolumen dan sebagainya adalah diuruskan oleh Jabatan tersebut

Majistret dibantu oleh dua (2) orang Jurubahasa, 2 orang Pembantu Tadbir N17 dan 1 Orang Penghantar Notis N1.

Sebarang masalah berkaitan tarikh sebutan sila menghubungi talian seperti tertera:

Mahkamah Majistret(Bandaraya) Johor Bahru
No. 36, Jalan Garuda 1
80350 Larkin Jaya
Johor Bahru
07-2282643