MENU

LATAR BELAKANG BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN

Bahagian ini terdiri dari 18 orang anggota yang diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41.  Bahagian ini berfungi dengan pembahagian kawasan kepada seorang Penolong Pegawai Senibina JA 29 dan 8 orang Penolong Jurutera JA 29. Aktiviti penguatkuasaan dijalankan bertujuan memastikan semua pembinaan dalam kawasan majlis telah mendapat kelulusan dari pihak majlis. Bahagian ini juga bertindak mengawal dan memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak selaras dengan pelan yang di luluskan dan pembinaan disahkan oleh pihak perunding. 

Bermula dari 12 April 2007 tanggungjawab bagi pengeluaran CFO telah di ambil alih oleh pihak perunding yang bertanggungjawab mengemukakan pelan bangunan melalui pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).  Pihak Perunding juga bertanggungjawab ke atas pengesahan sijil tersebut termasuk apa-apa jua kecacatan atau kerosakkan ke atas struktur bangunan serta memastikan pembinaan di tapak selaras dengan pelan yang diluluskan Majlis.