MENU
Layari Blog Cuepacs di http://cuepacs.blogspot.com/

Amalgamalated National Union Local Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja PIHAK BERKUASA Tempatan SEMENANJUNG MALAYSIA adalah sebuah Kesatuan Sekerja  di bawah gabungan terbesar CUEPACS dan terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan. ANULAE merupakan satu-satunya Kesatuan yang berdaftar untuk Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia.  Ditubuhkan pada 1 April 1963 dengan No. Pendaftaran 342.  ANULAE pernah dianugerahkan sebagai Kesatuan contoh Sektor Awam  pada tahun 1997 dan 2012.

PENUBUHAN DAN PERJUANGAN SERTA HALA TUJU ANULAE

TUJUAN PENUBUHAN

  • Memajukan kepentingan ahli dalam perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan
  • Mengatur perhubungan di antara pihak majikan dan pekerja
  • Memajukan kebajikan ahli dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran
  • Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli
  • Menganjurkan kursus, seminar dan dialog
  • Menerbitkan berita dan majalah
  • Meningkatkan kecekapan serta disiplin di kalangan ahli

AGENDA WAWASAN

  • Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan di peringkat Negeri
  • Penubuhan forum perundingan Majlis Bersama Negeri (MBN)
  • Penubuhan Majlis Bersama Jabatan-KPKT dengan ANULAE Semenanjung Malaysia
  • Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Penganjuran Konvensyen Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan
  • Mempertahan serta mengekalkan keunggulan ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bagi pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

PENGLIBATAN PEGAWAI/AHLI ANULAE DALAM KESATUAN GABUNGAN

  • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam kumpulan Sokongan (MBK S&T)
  • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am dalam kumpulan Sokongan (MBK AM)
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

GABUNGAN BERSAMA CUEPACS/FORUM PERUNDINGAN

ANULAE telah bergabung dengan CUEPACS bertujuan untuk bersama-sama menangani masalah dan isu perkhidmatan ahli-ahli Kesatuan khususnya dan kaum pekerja sektor awam amnya. Beberapa isu dan masalah ahli dan kaum pekerja sektor awam ini telah dibawa ke forum-forum perundingan seperti:-

  • Majlis Bersama Kebangsaan (MBK)
  • Majlis Bersama Jabatan (MBJ) (3 bulan sekali)
  • Persidangan Perwakilan Tri- Tahunan
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
  • Mesyuarat Jawatankuasa Agung (EXCO)) (3 bulan sekali)
  • Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (3 bulan sekali)
  • Mesyuarat Perunding Perbandaran dan Majlis Daerah

FAEDAH-FAEDAH KEBAJIKAN ANULAE

Sebagai sebuah Kesatuan yang bertaraf Kebangsaan, elemen seperti dibawah juga menjadi program tetap kebajikan Kesatuan selain daripada memperjuangkan kepentingan perkhidmatan pekerja-pekerja PBT

  • Pakej Insuran dibawah CUEPACS Care
  • Pakej Insuran ANULAE Care (Great Eastern)
  • Saguhati Persaraan
  • Khairat Kematian
  • Derma Siswa (Pelajar cemerlang dalam peperiksaan)
  • Koperasi KOSPETA (www.kospeta.org)

    Muat Turun Borang Kemasukan Ahli ANULAE

ANULAE SEMENANJUNG MALAYSIA

MISI

ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja Unggul Bagi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

VISI

Komited Dalam Memperjuangkan Hak Serta Kepentingan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

OBJEKTIF

Berfungsi Sebagai Rakan Kongsi Kepada Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Di Dalam Usaha untuk Mewujudkan Tadbir Urus Yang Cemerlang, Gemilang SertaTerbilang Kearah Peningkatan Kualiti Dan Produktiviti

HALA TUJU

  • Melaksanakan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Yang Berkualiti, Cekap Dan Berkesan.
  • Merancang Serta Melaksana Program Pendidikan Dan Pembelajaran Secara Berterusan.
  • Melaksanakan Usaha Bagi Menambah Bilangan Cawangan/Kawasan Serta Meningkatkan Bilangan Keahlian Kesatuan.
  • Memperkasa Hubungan Rakan Kongsi Bijak.
  • Menyelaras Serta Menyelenggara Kes Perkhidmatan Ahli Secara Lebih Berkesan
  • Meningkatkan Sumber Pembiayaan Kesatuan Termasuk Melaksanakan Perbelanjaan Secara Berhemah.
  • Mengekal Serta Meningkatkan Produk Kebajikan Untuk Ahli.

AHLI JAWATANKUASA

ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BAGI SESI 2014-2017

 

            Pengerusi                                                     : Haji Raja Idris bin Raja Ali

            Naib Pengerusi                                            : Suleiman bin Ashari

            Setiausaha                                                   : Rahamat bin A. Majid

            Bendahari                                                     : Nafizah binti Pangah @ Pa’at

 

            Ahli Jawatankuasa:                                              

           

           Kum. Perkeranian & Pentadbiran                       : Sarwan bin Sirkam

                                                                                    : Fadzilah binti Abdul Rahim

                                                                                    : Mohd. Faisal bin Mohd. Taib

                                                                                    : Mohamed Nasir bin Tahir

 

            Kumpulan Teknik                                            : Kamaruddin bin Ismail

                                                                                    : Hjh. Norshamsiah binti Hj. Ishak

                                                                                    : Haji Mohd. Salleh bin Sulaiman

 

            Kum. Penguatkuasa & Lain-Lain                      : Hamizi bin Haron

                                                                                    : Shahrezal bin Hashim

                                                                                    : Zakaraya bin Wahab

                                                                                    : Mohd. Sharif bin Ahmad

                                                                                    : Mohd. Nasir bin Ali

 

            Kum. Perubatan & kesihatan                            : Samsuddin bin Mohd. So’aot

 

            Kumpulan Letak Kereta                                    : Zulkefli bin Haron

           

             Kumpulan Buruh Mahir                                   : Safiee bin Saji

 

             Kumpulan Buruh Biasa                                   : Mohamad Taufik bin Mishat

                                                                                   : Romzi bin Yusof

                                                                                   : Aminah binti Gulam

                                                                                   : Noorhazlina binti Khalid

                                                                                   : Salasiah binti Samsuddin

                                                                                   : Ahmadon bin Aziz

                                                                                   : Hasnah binti Husin