Majlis Perasmian Johor Smart City Forum (JSCF) 2023 yang telah disepurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim di Persada International Convention Centre Johor Bahru

Isnin, 12 Jun 2023 - Sekitar Majlis Perasmian Johor Smart City Forum (JSCF) 2023 yang telah Disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim di Persada International Convention Centre Johor Bahru. Turut diadakan ialah Pelancaran Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor 2030, Pelan Tindakan Bandar Pintar Pengerang serta Penyampaian Sijil Sistem e-PBT kepada semua PBT Negeri Johor.

Dalam sesi High Level Dialogue yang berlangsung semalam, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru turut berkongsi perancangan, halatuju, serta cabaran yang perlu diatasi dalam menjayakan agenda bandar pintar di Johor Bahru ini.JSCF 2023 disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang menjadi platform untuk menggariskan rancangan Kerajaan Johor dalam melaksanakan transformasi digital melalui Pelan Tindakan Bandar Pintar Negeri Johor 2030.

Warga bandar raya yang ingin mendapatkan maklumat, pandangan dan informasi terkini berkaitan perancangan bandar pintar di Johor Bahru ini boleh melawat ruang reruai MBJB di JCSF yang berlangsung di Persada International Convention Centre sehingga 14 Jun 2023.

Johor Smart City Forum (JSCF) 2023

Johor Smart City Forum (JSCF) 2023

Johor Smart City Forum (JSCF) 2023