Kunjungan Hormat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar dan Lawatan Delegasi Majlis Bandaraya Alor Setar ke MBJB

Ahad, 4 Jun 2023 - YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, menerima kunjungan hormat YBhg Dato' Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, di pejabat beliau hari ini.

Pertemuan sekitar 45 minit ini adalah bertujuan perkongsian pengalaman, ilmu dan amalan terbaik antara Johor Bahru dan Alor Setar dalam aspek pembangunan bandar pintar, amalan hijau, usaha pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) antara kedua-dua bandar dan lain-lain lagi.

Terlebih dahulu, delegasi Majlis Bandaraya Alor Setar turut mengadakan lawatan penandaarasan ke Centralised Sewage Treatment Plant (CSTP) Sungai Segget. Taklimat dan penerangan di CSTP telah diberikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Buang dari Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan Tuan Haji Mohd Fadzil Suhaimi bin Talibin, Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan, Bahagian Saliran dan Pengurusan Sungai MBJB.

#JBMampan
#JBThinkGreen

Lawatan MBAS

Lawatan MBAS