Notis Jualan Lelong Sisa Kenderaan Sitaan - 16 April 2023 (Ahad)

Notis Jualan Lelong Sisa Kenderaan Sitaan - 16 April 2023 (Ahad)

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengadakan JUALAN LELONG SISA kenderaan buruk sitaan penguatkuasaan yang tidak dituntut di bawah kesalahan undang-undang MBJB sebagaimana di bawah:-

Tarikh: Ahad, 16 April 2023

Masa: Bermula jam 9.00 pagi (pendaftaran bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi)

Tempat: Panggung Cempaka, Menara MBJB
No. 1, Jalan Lingkaran Dalam
Bukit Senyum
80300 Johor Bahru

Jenis: Lelongan Awam (Jualan Sisa)

Lelong: Kenderaan yang ditunda dan dialihkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 46 (1) (g) Akta 133

Syarat Pembida: Peniaga barang lusuh/terpakai berlesen (Sila bawa lesen perniagaan serta salinan kad pengenalan)

Kenderaan lelongan boleh dilihat sendiri pada 13 (Khamis) hingga 15 April 2023 (Sabtu) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Kompleks Bengkel MBJB, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin dalam waktu pejabat sahaja.

Setiap pembidaan/tawaran pembelian adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh MBJB.

Notis Jualan LelongNotis Jualan Lelong


 

Notis Jualan Lelong

 

Notis Jualan LelongNotis Jualan LelongNotis Jualan LelongNotis Jualan LelongNotis Jualan Lelong

Syarat-Syarat Semasa Lelongan

 

Syarat-Syarat Semasa Lelongan

NOTA PENAFIAN :

Imej barangan yang terkandung di dalam maklumat ini adalah untuk tujuan paparan sahaja. Pembida bertanggungjawab untuk memeriksa barangan yang ditawarkan untuk lelongan. Kami mengesyorkan kepada pembeli / pembida untuk memperolehi maklumat lanjut di Kompleks Bengkel MBJB, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin pada 13 April hingga 15 April 2023 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul sebelum, semasa dan selepas lelongan.